Tuesday 16 October 2012



Bersama hero-hero kesayangan..........kalian permata hati kami yang tidak ternilai harganya!

Wednesday 29 August 2012




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Kelas : 2 Zuhal

Tema/Tajuk : Petani Moden / Ladang Pak Long

Masa : 8.40 – 9.40 pagi (1 jam)

Standard Kandungan :
                         1.3 Mendengar,memahami dan member respons terhadap
sesuatu arahan,soalan dan pesanan yang didengar dengan
                                          betul.
                                           3.3 Membina dan menulis perkataan perkataan,frasa,ayat
                                            dengan betul.                                   
Standard Pembelajaran :
1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons
                                dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan
                                 bercapah.
                                 3.3.3 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk
                                 ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.          
                                                   .
      .
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

  1. Menyebut perkataan dengan sebutan yang betul dan
jelas

  1. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.
  2. Menggunakan kata hubung dan antonim dengan betul.
.
Pengisian Kurikulum : Ilmu  : Sains,Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral .
Nilai :  Kasih sayang, Mensyukuri Nikmat Tuhan,
                                                           Bekerjasama,menghargai,dan bertanggungjawab

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)  :
Kreativiti dan Inovasi
TMK –Belajar melalui TMK



Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal abjad dan boleh   
membaca suku kata.

Sistem bahasa : kata : menguak , menyalak mengembek
Sintaksis  : Ayat tunggal
                            Tatabahasa :  Kata Hubung, Antonim

Bahan Bantu Mengajar : Komputer dan tapak pembelajaran

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran  :
1.Murid membaca dengan sebutan yang betul.
                                                     2. Murid dapat membina ayat mudah,

LANGKAH/
MASA
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Gambar Tunggal
( gambar haiwan )

Contoh soalan.
1.Namakan haiwan-haiwan yang kamu dapat
lihat dalam gambar di sebelah?
2.Di manakah kamu dapat melihat haiwan-haiwan dalam gambar tadi?
3.Namakan haiwan-haiwan lain yang kamu tahu?

1.Guru memaparkan slaid gambar haiwan untuk murid menelitinya.
2.Guru bersoal jawab
dengan murid berdasarkan gambar tersebut.
BBB:
Tapak pembelajaran
KBT:
Menaakul
BCB:
mendengar aktif
KB:
Menjana idea,
menghubung kait.
Kemahiran Lisan .

Langkah 1
(10 minit)







Kosakata:
  • Lembu
  • Menguak
  • Anjing
  • Menyalak










1. Murid diminta menyusun huruf berdasarkan gambar dan huruf –huruf yang telah diberikan.
2.Murid diminta mengeja perkataan tersebut.

BBM:
Tapak
Pembelajaran


BCB:
Mendengar aktif

KP:
Verbal-linguistik,spatial,Interpersonal dan emosi.
Nilai: kerjasama,tekun.


Langkah 2
(10 minit)

Meneka nama haiwan.
Contoh soalan:

1.Badanku besar,
Tinggal di dalam kandang,
Kakiku empat,
Rumput kegemaranku.

2 Badanku berbelang-belang,
Kakiku panjang,
Daku pantas berlari,
Aku tinggal di dalam hutan.








1.Murid diminta meneka nama haiwan berdasarkan pernyataan yang diberikan oleh guru.

2.Guru memperdengarkan bunyi haiwan dan murid  diminta meneka bunyi haiwan tersebut.

BBM:
Tapak
Pembelajaran

Nilai:
Kerjasama

Tatabahasa:
Kosakata

BCB:
mendengar aktif.

Nilai murni:
Kerjasama,
Kesyukuran,
Kasih sayang.

KB: mencirikan.

Kemahiran lisan dalam perbincangan.

Pembelajaran
berkumpulan.

Langkah 3
  1. minit)

1.Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul. (Aktiviti individu)
Contoh soalan:
Menggonggong anjing seketul tulang.

2.Membina lima ayat berdasarkan gambar.
(Aktiviti berkumpulan)



1.Murid dikehendaki menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.

2.Murid memilih jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

3.Dalam kumpulan berlima, murid dikehendaki meneliti brosur yang dipamerkan dan membina lima ayat berdasarkan maklumat  yang  terdapat dalam brosur tersebut.


BBM: Tapak
Pembelajaran

Nilai:
Patuh
Bekerjasama

KB:mencirikan
BCB:mendengar aktif
KP:
verbal-linguistik, spatial,
Interpersonal,dan
emosi.

Nilai murni:
Kerjasama.

BBM:Komputer
Langkah 4
(5 minit)
Pentaksiran



Pengayaan



Pemulihan.
1.Surat Media -murid membaca dan menjawab soalan dari surat media.

2.Murid menjawab soalan latihan tatabahasa tentang Kata hubung.

3.Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan pemulihan antonim.
Tatabahasa:
Kata hubung,

Antonim

Penutup
(5 minit)

Penutup :

Pantun empat kerat
Melompat-lompat monyet dank era,
Melompat di atas dahan jati,
Banyak binatang di Zoo Negara,
Tinggal bersama sukanya hati.



1.Guru memperdengarkan serangkap pantun.

2.Murid diminta melafazkan pantun tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kumpulan dan individu.

KP:
Muzik & Matematik

Nilai:
Kasih sayang






SOALAN OBJEKTIF (  40  soalan  mengikut  aras – Taksonomi Bloom. )

Soalan no. 1 - 2  Aras Pengetahuan

1. Lamunan Aishah terhenti apabila ibunya memanggil dengan suara yang kuat.
   Pilih perkataan seerti bagi lamunan.
A.  Fikiran
B.  Igauan
C.  Impian
D.  Khayalan                                                                         Jawapan: D

2. Syafiq telah dilantik sebagai Ketua Kelas 6 Bestari.
   Pilih perkataan berlawan bagi dilantik.
A.  dilatih
B.  dikekal
C.  diambil
D.  disingkir                                                                           Jawapan: D

Soalan 3 – 4 Aras Kefahaman.

3. Walaupun hidup ______, Mak Esah tidak pernah menyusahkan sesiapa.
A.  makan suap
B.  bidan terjun
C.  setahun jagung
D.  sebatang kara                                                                Jawapan: D                    1


4. Hamidun seperti _____ kerana dia tidak suka bergaul dengan tetamu dalam majlis                                                                              
   Itu.
A.  kacang hantu
B.  muka tembok
C.  kera sumbang
D.  hidung belang                                                                          Jawapan: C

Soalan 5 – 7 Aras Aplikasi.

Pilih ayat ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
5.  I  Hari ini langit sungguh cerah.
   II  Kehidupan petani bertambah cerah setelah menerima bantuan kerajaan.
  III  Wanita yang berkulit cerah itu ibu saya.
  IV  Kuih bahulu yang dijual oleh Mak Cik Limah nampak cerah.
A.  I dan II sahaja
B.  III dan IV sahaja
C.  I, II dan III sahaja
D.  II, III dan IV sahaja                                                                  Jawapan: C


6.  I  Badan adik semakin susut setelah demam beberapa hari.
   II  Perempuan itu memakai susut supaya nampak cantik.
  III  Bapa terpaksa menjual kereta mewahnya kerana susut nilai.
 IV   Kain jenis ini kurang baik kerana akan susut apabila dibasuh.
A.  I dan II sahaja
B.  II dan III sahaja                                                                                            2
C.  I, III dan IV sahaja
D.  II, III dan IV sahaja.                                                                      Jawapan: C

7.  I  ‘’Kaitlah buah yang masak sahaja,’’ kata datuk.
   II  Ibu sudah masak dengan perangai anak bongsunya.
  III  Nasi yang ditanak oleh kakak sudah masak.
  IV  Masak nenek sungguh sedap.
A.  I, II dan III
B.  I, II dan IV
C.  II dan III
D.  I dan III                                                                                          Jawapan: A


Soalan 8 – 10 Aras Penilaian
Pilih ayat yang betul.
8.  A.  Angin kencang bertiup dari arah selatan.
    B.  Tolong berikan buku ini ke Cikgu Zamri.
    C.  Bola itu ditendang daripada penjuru padang.
    D.  Burung-burung pulang ke sarangnya di waktu senja.                  Jawapan: A
9.  I  Penghulu kampong saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang        
       orang kampung.
   II  Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.   
  III  Kita harus fasih bertutur di dalam Bahasa Melayu.                                 3
 IV  Mereka berbincang antara adik-beradik di ruang tamu rumah Mak Tina.
A.  I dan II sahaja
B.  II dan III sahaja
C.  I dan IV sahaja
D.  III dan IV sahaja                                                                           Jawapan: C

10.  I Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu demi untuk kestabilan negara.
     II Kasih saying Anis terhadap ibu bapanya patut dicontohi.
    III Setengah-setengah penduduk Bandar tinggal di rumah pangsa.
   IV Semua pegawai-pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.
A.   I dan II sahaja
B.  II dan III sahaja.
C.  I dan IV sahaja
D.  III dan IV sahaja                                                                          Jawapan: B

Soalan 11 – 14 Aras kefahaman.
11. Samsuri mendapat tempat pertama dalam kelasnya. ______ Berjaya kerana
     rajin mengulang kaji pelajaran di rumah.
A. Dia
B. Aku
C. Saya
D. Beliau                                                                                          Jawapan: A
                                                                                                                               4
12. ‘’________ mendapat perkhabaran bahawa terdapat seorang pendeta yang
      tersohor di negeri ini,’’ titah sultan kepada Datuk Bendahara.
A. Baginda
B. Hamba
C. Patik
D. Beta                                                                                             Jawapan: D

13. Pekerja itu membuat kerja seperti _____ kerana majikannya mahu tugasan itu
      disiapkan dengan segera.
A. akal kancil
B. cakar ayam
C. alim kucing
D. lipas kudung                                                                                     Jawapan: D

14. Encik Ahmad membeli se_____ rantai emas untuk anak perempuannya.
A. bentuk
B. buah
C. utas
D. helai                                                                                                  Jawapan: C



                                                                                                                        5
Soalan 15 – 18 Aras Pengetahuan
15. Beg yang berat itu tidak _____ oleh Alisya yang berbadan kecil itu.
A. diangkat
B. berangkat
C. terangkat
D. mengangkat                                                                                        Jawapan: C
16. Telefon bimbit dapat digunakan untuk _______ dengan saudara-mara yang
     jauh.
A. menghubung
B. penghubung
C. berhubung
D. hubungan                                                                                         Jawapan: C

17. Batang kelapa yang terendam di dalam sungai itu sudah _____.
A. layu
B. reput
C. lembut
D. ranggup                                                                                       Jawapan: B

18. Jamal berasa sangat ______ apabila melakonkan watak datuk semasa
      pementasan drama di kolejnya.
A. kekok
B. kacau                                                                                                                     6
C. angkuh
D. sayang                                                                                            Jawapan: A

Soalan 19 – 22 Aras Sinteksis
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
19. Murid-murid boleh mengisi masa lapang dengan mengulang kaji pelajaran
      dan membaca buku di perpustakaan.
A. Murid-murid yang mengisi masa lapang boleh mengulang kaji pelajaran dan
   membaca buku di perpustakaan.
B. Mengisi masa lapang boleh dilakukan oleh murid-murid yang mengulang kaji
   pelajaran dan membaca buku di perpustakaan.
C. Murid-murid boleh mengulang kaji pelajaran dan membaca buku di perpustakaan
    bagi mengisi masa lapang.
D. Mengisi masa lapang boleh mengulang kaji pelajaran dan membaca buku di
    perpustakaan oleh murid-murid.                                                       Jawapan: C

20. Lily menuang air kopi panas ke dalam cawan dengan berhati-hati agar tidak
     tumpah.
A. Air kopi panas yang dituang dengan berhati-hati oleh Lily tidak tumpah.
B. Air kopi panas dituang oleh Lily ke dalam cawan dengan berhati-hati agar tidak
   tumpah.
C. Air kopi panas akan dituang oleh Lily dengan berhati- hati ke dalam cawan agar
    tidak tumpah.                                                                                               7
D. Air kopi dituang ke dalam cawan kopi oleh Lily dengan berhati-hati agar tidak
    tumpah.                                                                                        Jawapan: B

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah
21. Adaka awak membeli kain batik yang saya pesan semalam?
A. Ya, kain batik itu telah saya beli.
B.  Belum pasti kain batik itu dibeli.
C.  Ya, kain batik itu akan saya beli.
D.  Saya akan membelinya semalam.                                                       Jawapan: A


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
22. Azizul dapat mengekalkan kehebatannya sebagai pemain bola sepak kerana
      beliau seorang yang berdisiplin.
A. Bilakah Azizul dapat mengekalkkan kehebatannya sebagai pemain bola
   sepak?
B.  Mengapakah Azizul mengekalkan kehebatannya sebagai pemain bola
     sepak?
C.  Bagaimanakah Azizul dapat mengekalkan kehebatannya sebagai pemain bola
      sepak?
D. Adakah Azizul dapat mengekalkan kehebatannya sebagai pemain bola sepak?
                                                                                             Jawapan: C                    8

Soalan 23 – 28 Aras Analisis
23. Pemuda itu bertungkus lumus ___________air yang memasuki perahunya   
    akibat  hujan lebat.
A  menimba
B  menuang
C  mengepam
D  menyimbah


24. Adilah sedang ________________ gambar peta Malaysia dengan menggunakan  
    kertas surih.
A  menekap
B  menyalin
C  mengecap
D  menyalin


25 . Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam teks di bawah.

Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dompet tersebut . Di  dalam dompet tersebut terdapat wang yang banyak dan dokumen yang penting.   Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang   mencari dompetnya.

I Jujur

II Prihatin
III Dedikasi
IV Berdikari



                                                                                                                                 9
A I, II
B II, III, IV
C I, II, IV                                                                                                      
D I, II, III, IV


26  Semua peserta ekspedisi makan malam dengan __________ tikar.
A. berlandaskan
B. beralaskan
C. berasaskan
D. berdasarkan


27   Jika diperhatikan _________ , kita akan dapat melihat segugus bintang yang
   ganjil di langit pada waktu malam.
A. benar-benar
B. betul-betul
C. hati-hati
D. dalam-dalam



Soalan 28

Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.


DAPATKAN KENDERAAN PERODUA

DENGAN HARGA PALING MENJIMATKAN!
Sebagai menyokong Dasar Automotif Negara (DAN),
Perodua menawarkan penurunan harga sebanyak 4% untuk
Kenderaan keluaran kami.

  • Kancil dari harga RM22,523.50
  • Viva dari harga RM31,0111.70
  • Kenari dari harga RM39,046.50

Untuk keterangan lanjut, kunjungilah bilik pameran Perodua yang terdekat atau hubungi Talian Pelanggan Perodua : 1800 88 6600
Berapakah harga kereta Viva sebelum harganya diturunkan sebanyak 4%?
A  RM31,644.60
B  RM31,970.82
C  RM32,303.85
D  RM32,643.09
       

Soalan. 29 – 31 Aras Aplikasi
Pilih ayat-ayat yang menggunakkan perkataan bergaris dengan betul.
29. I  Kawasan padang itu agak luas.
    II  Luas tanah sawah itu kira-kira sepuluh ekar.
   III  Beliau berpengetahuan luas dalam bidang politik kerana sudah lima belas   
         tahun menjadi ahli parlimen.
  IV  Mariam luas tanam di belakang rumahnya.
A  I dan III sahaja
B  II dan III sahaja
C  I, II dan III sahaja
D  II, III dan IV sahaja                                                     Jawapan: C

30. I  Setiap pagi Pak Ali akan memerah susu lembunya untuk dijual.
    II  Pak cik saya memerah wang gajinya untuk menyekolahkan anaknya.
   III  Para petani terpaksa memerah keringat untuk menjayakan projek itu.
   IV  Aida terpaksa memerah otak untuk menyelesaikan masalah matematik itu.
                                                                                                                              11
A  I dan II sahaja
B  III dan IV sahaja
C  I, III dan IV sahaja
D  I, II, III dan IV sahaja                                                            Jawapan: C

31. I  Pencuri itu dapat mengambil barang-barang berharga dengan membongkar
        pintu besi.
   II  Jurumudi kapal itu membongkar sauh untuk meneruskan perjalanan mereka.
  III  Fazlin membongkar nasi di dalam periuk untuk diberikan kepada adiknya.
  IV  Abang membongkar pakaian di dalam almari itu untuk mencari kunci laci.
A  I dan II sahaja
B  I dan IV sahaja
C  I, II dan III sahaja
D  I, II dan IV sahaja                                                           Jawapan: D                     

Soalan 32 – 35 Aras Penilaian
Pilih ayat yang betul.
32. A  Di dalam perbincangan tadi, Ali dilantik sebagai Ketua Murid.
     B  Dia banyak memperoleh pengalaman daripada lawatan itu.
     C  Program 1 Sukan 1 Murid akan dilancarkan ke seluruh negara semalam.
     D  Adik bermain di halaman dan rumah itu dibersihkan oleh ibu.
                                                                                             Jawapan: B
                                                                                                                              12
33. I  Pendapat bulanan Pak cik Abu sebagai buruh binaan itu amat tinggi.
   II  Kelima-lima perompak itu telah berjaya ditangkap dalam satu sekatan jalan
       raya.
  III  Ibu baru menerima surat dari kakak yang belajar di luar negara
 IV  Jemput minum teh yag terhidang di atas meja.
A I dan III sahaja
B  II dan IV sahaja
C  I, II dan III sahaja
D  II, III dan IV sahaja                                                                        Jawapan: B

34. I Nazrin bercita-cita untuk menjadi doctor apabila dewasa kelak.
    II  Aduhai, cantiknya baju yang diperagakan oleh peragawati itu?
   III  Kegiatan membalak mendatangkan hasil yang lumayan kepada negara.
   IV  Dia membaham pencuri itu dengan kayu.
A  I dan II sahaja
B  I dan IV sahaja
C  II dan IV sahaja
D  III dan IV sahaja                                                                    Jawapan: D

Soalan 35 – 37 Aras Sinteksis
Pilih ayat sama maksud
35. Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit.
A  Adik tidak suka sayur yang pahit.                                                               13
B  Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur.
C  Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur.
D  Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur
                                                                                                         Jawapan: C

36. Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
A  Mangsa yang membuat laporan dib alai polis itu kami bantu.
B  Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu
C  Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporang dib alai polis
D  Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan.  
                                                                                                                 Jawapan: D

37. ‘’Jangan sesekali  membantah arahan guru,” pesan ayah kepada adik.
A  Ayah memarahi adik kerana membantah arahan guru.
B  Adik dinasihati oleh ayah agar tidak menurut pesanan guru.
C  Ayah mengigatkan adik agar jangan sesekali membantah arahan guru.
D  Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali.
                                                                                                                  Jawapan: C




                                                                                                                          14
Soalan 38 - 39 Aras Pengetahuan
38. “______ duduk di tempat masing-masing,”kata cikgu Jamal kepada muid-muridnya.
A  Sila
B  Minta
C  Mohon
D  Jemput                                                                                Jawapan: A

39. Walaupun Haida sudah bertugas di London selama sepuluh tahun namun dia masih lagi _______ Malaysia.
A  jawatankuasa
B  kakitangan
C  bumiputra
D  warganegara                                                                            Jawapan: D


Soalan 40 Aras Kefahaman.
40. Anak kambing itu terompat-lompat ______ terkejut ________ terjatuh ke dalam longkang.
A  kerana...lalu
B  atau...apabila
C  dan...sebelum
D  sambil...hingga                                                                          Jawapan: A           
                                                                                                                                  15